Antara tips-tips yang
boleh digunapakai ialah:
Mula
untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada
kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau
ulangkaji. Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester?
Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan
untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan
lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal
untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak ditambah lagi
beberapa assignments yang akan due, tidak mustahil tetapi adalah sangat susah
untuk mengingat ilmu-ilmu baru pada masa ini. Masa ini adalah masa yang
sebenarnya sesuai untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah
hafal atau tahu.
Mulalah belajar daripada
sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar.
Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari
daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita
untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikhexam.
Mengulangkaji
sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia
adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak
maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan
masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.
Cubalah untuk fokus
kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar.
Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari.
Contohnya: Isnin – Pneumonia, Selasa – COPD, Rabu – Asthma, Khamis – Pulmonary
Embolism, Jumaat – Pneumothorax dan sebagainya, daripada terus untuk cuba
menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory System sekaligus dalam masa
sehari kemudian bertukar kepadasystem yang lain hari berikutnya. Dengan cara
begini lebih mudah untuk kita memahami dan menghafal isi-isi penting berkaitan
setiap topik-topik yang dibaca.
Cuba untuk
faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan
bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama
kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita
membaca bagaimana sistemcardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung
melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –>
capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih
mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran
darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita
adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini
lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya
akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.
Belajar
menggunakan pelbagai deria.
Apabila anda membaca,
kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada
satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih
terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang.
Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca
(melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya
membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik,
mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi
janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya
akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental
atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan
tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin,
teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa
yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini
sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.
Menggunakan
imej-imej sebagai bantuan.
Memori manusia lebih
mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh,
lebih mudah untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih
berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm,
bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi dan lain-lain daripada dengan
saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca
tulisan saya di sini berkaitan kucing tersebut.
Ini bukan hanya mudah
terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh
digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem.
Saya dahulunya gunakan teknik ini ketika belajar untuk mengingat fakta-fakta
anatomy tubuh badan manusia. Anatomy tubuh manusia sememangnya sangat kompleks
ditambah lagi dengan nama-nama setiap organ dan tisu-tisu dalam badan manusia
ini dinamakan dalam bahasa latin, ini membuatkannya lebih susah untuk dihafal.
Saya selalunya akan lukiskan kembali bahagian tubuh yang saya cuba untuk hafal
tersebut dalam rajah skema yang sangat ringkas diatas kertas A4, kemudian saya
akan cuba untuk mengimbas kembali buku anatomy saya berserta gambar rajah skema
saya di sebelah. Bila saya membaca teks buku anatomy tersebut, kali ini saya
cuba untuk gambarkan rajah skema tersebut dalam minda saya, sambil baca sambil
buat connection kepada rajah skema tersebut (dalam kepala), dan alhamdulillah
ianya lebih mudah melekat dalam memori saya daripada hanya membaca teks buku
sahaja.
Tidak
mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan.
Badan manusia ada
kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak
didalam state kepenatan atau exaustion. Begitu juga dengan otak kita untuk
memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup
rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan
dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat
dan susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah
sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung
ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikitpun yang dapat
anda ingat dalam memori anda.
Faktor pemakanan juga
memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk
mengingat. Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan
ruji dan makanan-makanan yang tidak sihat. Cuba juga untuk kurangkan mengambil
minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Mother, Monster dan
sebagainya. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak
atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil
kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga
sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.
Manfaatkan
masa yang ada sebaiknya.
Antara sebab kenapa
kadang-kalanya kita tidak dapat mengingati ilmu-ilmu yang telah kita pelajari
ialah kurangnya masa yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji pelajaran dan
kita tidak memanfaatkan masa yang kita ada dengan sebaikya. Kita banyak
menghabiskan masa-masa lapang kita dengan membuat perkara-perkara yang
merugikan dan tidak bermanfaat kepada diri kita. Kita mampu menghabiskan tiga
atau empat jam dengan bermain komputer games atau melayari kartun-kartun anime
di komputer, tetapi kita merasa malas untuk belajar atau mengulangkaji
pelajaran. Kita menghabiskan sepanjang hari dengan bermain play station atau
Dota di komputer, tetapi jarang kita habiskan masa seharian kita untuk kita
ulangkaji pelajaran yang telah kita pelajari di universiti pada hari tersebut.
Kita hanya akan tunggu untuk membuat ulangkaji apabila hanya tinggal beberapa
minggu atau hari sahaja lagi sebelum exam bermula.
Masa itu adalah
kehidupan. Sekiranya kita membazir masa kita, seolah-olah kita membazirkan
kehidupan kita. Saya amat mengkagumi diari kehidupan seorang president atau
perdana menteri, mereka boleh mencapai beberapa perkara dan boleh berada di
beberapa tempat dalam sehari. Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan masa
mereka untuk mencapai beberapa matlamat dalam sehari, kita juga mampu. Kita
juga ada 24 jam sehari, sama seperti mereka.
Nota
ringkas atau mind-map.
Nota ringkas atau
mind-map sangat berguna terutamanya ketika untuk beberapa hari sebelum kita
menghadapi peperiksaan. Kalau kita sempat, semasa kita mengulangkaji pelajaran,
cubalah untuk membuat nota seringkas yang mungkin untuk jadi rujukan kita
kemudian sebelum peperiksaan nanti. Nota-nota ringkas ini hanya sebagai recap
sahaja kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum ini. Hari-hari sebelum
exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru, atau buka semula buku rujukan
yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya sekadar masa untuk kita recap
intipati-intipati yang telah ada dalam memori kita.


No comments:
Post a Comment