cara-caranya
ialah.
1. Sebagai
seorang pelajar masalah stress perlu ditangani dengan bijak. Mendekatkan diri
dengan Allah swt adalah jalan yang terbaik. Setiap masalah yang membawa stress akan dapat ditangani jika diri
dekat dengan Tuhan. Menghambakan diri dan percaya bahawa masalah yang dihadapi
itu adalah ujian daripada Allah untuk umatnya bersabar. Cara paling mudah ialah
mengerjakan solat setiap waktu dan sentiasa berasa kerdil di sisi Allah swt.
Sesungguhnya setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan masalah stress
dapat dikurangkan.
2. Luahkan
segala masalah dengan sahabat yang boleh dipercayai.
Bercerita dan luahkan masalah yang bersarang di fikiran.. Masalah stress ini
sering berlaku kerana pelajar tidak mahu menceritakan masalah mereka dengan
orang lain. Apabila kita menceritakan segala masalah kita sudah tentu kita akan
berasa tenang kerana ada rakan yang mahu mendengar dan memahami keadaan kita.
3.Bijak
membahagikan masa. Di kalangan pelajar menghadapi stress apabila menghadapi
sesuatu tugas yang banyak dan perlu disiapkan. Sebagai seorang pelajar perlulah
bijak mengurus masa dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut masa
yan telah ditetapkan. Perancangan jadual sesuatu tuasan perlu dilaksanakan bagi
membantu pelajar menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
4. Beriadah
merupakan salah satu cara menangani masalah. Beriadah dapat mebantu kita dalam mengawal stress. Beriadah
pada hujung minggu bersama keluarga bukan sahaja dapat memupuk keharmonian
antara ibu bapa dan adik beradik tetapi
juga dapat membina badan yang sihat dan otak yan cerdas sekali gus dapat
melupakan masalah yang bersarang di
fikiran.
5. Pemakanan yangg sihat serta tidur yang
secukupnya juga perlu untuk seorang pelajar dalam menangani masalah stress.
Makan makanan yang berkhasiat bukan
sahaja membantu dalam perkembangan diri yang sihat tetapi juga dapat tubuh
badan yang bertenaga. Begitu juga dengan tidur yang mencukupi akan membantu
dalam perkembangan otak yang sihat dan cerdas.
6. sentiasa
befikiran positif. Apabila mndapat sesuatu tekananm, pelajar perlu berfikir
secara positif dan menganggap suatu masalah itu adalah cabaran dan yakin boleh
dilaksanakan. Jika pelajar sentiasa berdikiran positif sudah tentu setiapm
kerja yan dilaksanakan akan menjadi mudah dan masalah stress tidak akan wujud.
No comments:
Post a Comment