5 Cara Berfikir yang Insyallah boleh membuat kita mencapai
apa yang kita citakan.
1 . Berfikir Besar.
Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big,
atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai
cara fikir besar. Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya
berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan.
Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu,
sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar bererti
berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan
mendapatkan hasil yang besar.
2 . Berfikir Progresif.
Berfikir progressif jangka panjang bererti melihat segala
sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala
sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang
ada sekarang. Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala
sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini
sama dengan tujuan akhir saya?
3 . Berfikir Positif.
Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir
setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan.
Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.
4 . Berfikir Sugestif.
Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari
sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral.
Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang
berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.”
Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku
akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”
5 . Berfikir di luar Kotak.
Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat
baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau
kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja. Seseorang yang berfikir di luar kotak,
adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu
ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang
yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.
No comments:
Post a Comment