Thursday, April 23, 2015

Cara Berfikir

5 Cara Berfikir yang Insyallah boleh membuat kita mencapai apa yang kita citakan.

1 . Berfikir Besar.

Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar. Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan. Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar bererti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan mendapatkan hasil yang besar.

2 . Berfikir Progresif.

Berfikir progressif jangka panjang bererti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang ada sekarang. Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini sama dengan tujuan akhir saya?

3 . Berfikir Positif.

Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan. Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

4 . Berfikir Sugestif.

Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.” Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

5 . Berfikir di luar Kotak.


Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja. Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

Kritik

Pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung, ada seorang lelaki yang tinggal bersama dengan anaknya. Lelaki itu bekerja sebagai seorang pencari kayu api. Setiap hari dia dan anaknya dengan ditemani oleh seekor keldai akan memasuki hutan bagi mencari kayu api untuk dijual. Anaknya itu pula mempunyai sikap yang tidak baik iaitu apabila dia menyuruh melakukan sesuatu perkara, dia akan mencari berbagai alasan untuk menyanggah perintah ayahnya.

Dia malu kepada orang yang selalu mengejeknya sebagai seorang pencari kayu api yang dianggap hina. Disebabkan itu dia kerapkali tidak mahu mengikuti ayahnya apabila diajak bersama mencari kayu. Ayahnya pula sangat dukacita dengan sikap anaknya itu yang suka mendengar kata – kata orang berbanding dirinya sendiri.

Lelaki itupun cuba untuk menyedarkan anaknya. Suatu hari dia seperti biasa mengajak anaknya mencari kayu api. Anak itu dengan berat hati terpaksa juga menuruti kehendak ayahnya. Bersama keldainya mereka lalu berjalan hinggalah sampai ke satu tempat di mana kelihatanlah sekumpulan wanita yang sedang bersembang. Sebaik sahaja tiba di situ salah seorang daripada mereka berkata: “ Apalah bodohnya mereka itu, ada keldai tetapi tidak digunakan untuk tunggangan.”

Mendengarkan kata – kata itu dia lalu berkata kepada anaknya: “ Hmm.. baiklah engkau naik sahaja keldai ini, biar ayah yang berjalan di hadapan.” Setelah itu mereka berjumpa pula dengan sebuah warung yang terdapat di dalamnya beberapa lelaki tua yang sedang makan dan minum.

Lalu salah seorang daripada mereka berkata: “ Sungguh kurang sopan anak itu, adakah patut ayahnya yang sudah tua di suruhnya berjalan sedangkan dia yang masih muda dan kuat sedap – sedap sahaja berada di belakang keldai.”

Mendengarkan kata – kata lelaki itu ayahnya lalu berkata: “ Hmm.. baiklah anakku, biar aku pula yang naik dan kamu pula yang berjalan.” Di pertengahan jalan mereka bertemu pula dengan sekumpulan anak muda yang sedang bermain –main di satu padang. Salah seorang daripada mereka berkata: “ Sungguh tidak patut lelaki itu, adakah patut dia seorang sahaja yang naik di belakang keldainya sedangkan anaknya pula disuruh berjalan.”

Apabila mendengarkan kata – kata pemuda tersebut, lelaki tersebut lalu berkata kepada anaknya: “ Marilah anakku kita sama – sama menunggang keldai ini.” Lalu mereka berduapun sama – samalah menunggang keldai tersebut hinggalah berjumpa pula dengan seorang petani yang sedang mencangkul tanah di kebunnya.

Dia lalu berkata: “ Sungguh tidak patut kamu berdua menzalimi binatang, adakah patut kamu berdua menaiki keldai yang kecil itu. Tidakkah kamu berdua kasihan terhadapnya. ?

Akhirnya lelaki tersebut mencadangkan mereka berdua memikul sahaja keldai tersebut. Dia lalu mencari sebatang kayu lalu di pancangkan di celah kaki keldai yang sudah diikat. Selepas itu ayahnya berkata kepada anaknya: “ Wahai anakku, selepas ini jika apapun kata orang kita mesti meneruskan perjalanan kita. Nah ambil kapas ini dan sumbatkan telingamu supaya kita tidak lagi mendengar sebarang kritikan dari sesiapapun.”

Kedua beranak itu lalu memikul keldai itu hinggalah berjumpa dengan orang kampong yang tertawa melihatkan gelagat mereka. Namun mereka berdua tetap memikul keldai tersebut tanpa memperdulikan apa jua kata orang ramai hinggalah sampai ke tempat yang dituju.

Apabila sampai di tempat yang dituju kedua merekapun melepaskan ikatan keldai tersebut lalu terduduk kepenatan. Lelaki itupun berkata kepada anaknya: “ Itulah akibatnya anakku jika kita suka sangat menurut kata orang. Engkau sendiri lihat tadi apa sahaja yang kita lakukan semuanya salah. Ayah harap selepas ini ubahlah sikapmu, janganlah suka mendengar cakap orang, akibatnya kita juga yang keletihan.”

Anak itu memahami bahawa ayahnya sengaja untuk mendidiknya supaya tidak mendengar cakap orang sahaja. Apa yang kita lakukan semestinya atas kehendak kita sendiri. Sekiranya apa yang kita lakukan itu perkara yang membawa kebaikan hendaklah kita teruskan walaupun apa jua yang diperkatakan orang.


Pengajaran daripada cerita ?

Sejarah Perakaunan

SEJARAH PERAKAUNAN
·         Permulaan menyimpan rekod sejak tamadun purba.
·         Catatan tertua – catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M.
·         Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudian menjadi lebih maju setelah terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M.
·         Wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistem kewangan bermula pada abad ke-5 dan ke 6 S.M. Rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran.
·         Pada tahun 850 M, sistem angka Hindu-Arab digunakan yang dicipta oleh orang India.
·         Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada 1200-1500 S.M. Sistem ini dicipta oleh Luca Pacioli bertujuan dapat menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik.
·         Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga kini.
·         Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan. Pengenalan kepada perakaunan kos.
·         Pada akhir abad ke 19 dan ke 20, bidang perakaunan mencapai taraf profesional.
·         Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee)-IASC ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney untuk menerbitkan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards)-IAS supaya akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan.


PROFESION PERAKAUNAN
Maksud Profesion
Profesion bermaksud orang yang mengamalkan sesuatu bidang profesion kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahiranya. Selain itu ianya juga membawa maksud pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khusus. Antaranya akauntan, doctor, peguam, arkitek, dan jurutera.
Akauntan
Akauntan didefinisikan sebagai orang yang mengurus dan mengawasi penyediaan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan dari semasa ke semasa bagi sesebuah syarikat perniagaan atau organisasi

Akauntan mempunyai tugas bukan hanya menyediakan penyata kewangan tetapi perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang mempunyai akauntabiliti kepada pihak dalaman dan pihak luaran.
Tugas dan tanggungjawab akauntan:
a)      Merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan system perakaunan yang lain;
b)      Menyediakan penyata kewangan;
c)      Membuat keputusan perniagaan;
d)     Berurusan dengan pihak ketiga dalam persekitaran perniagaan;
e)      Bertindak sebagai juruaudit dalaman;
f)       Penasihat dan perancang percukaian
g)      Menyelia pekerja-pekerja lain.

Kod Etika Profesion Perakauanan
Digariskan oleh sebuah badan perakauanan iaitu International Federation of Accountants (IFAC). Kod etika diperkenalkan sebagai panduan kepada akauntan untuk bertingkah laku serta mengekalkan akauntabilitinya sebagai seorang yang professional.

Etika-etika yang terkandung dalam Kod Etika Profesional Perakauanan:
a)      Keutuhan – akauntan perlulah menhayati prinsip keadilan dan kebenaran.
b)      Profesionalisme – akauntan bertanggungjawab untuk berkelakuan secara professional pada setiap masa dan mengekalkan standard professional yang tinggi semasa menjalankan tugas.
c)      Kerahsiaan – akauntan tidak boleh membocorkan maklumat yang diperoleh daripada kerja yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan melainkan ada keperluan perundangan.
d)     Urus tadbir yang baik (Good Govenance) – akauntan perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam menjalankan tugas dan peka terhadap kawalan dalaman serta pengurusan risiko untuk berperanan dengan lebih efektif.
Kod etika ini boleh mengelakkan perkara-perkara negetif seperti pecah amanah, penyelewengan, dan penipuan.

SEJARAH PERAKAUNAN DI MALAYSIA



BADAN PERAKAUNAN PROFESIONAL DI MALAYSIA

1.      Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) – MASB
·         Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
·         Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.
·         Fungsi dan kuasa MASB;
a.       Menerbit piawaian perakaunan baru
b.      Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
c.       Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
d.      Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam


2.      Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) – MICPA
·         Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
·         Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
·         Untuk menjadi ahli MICPA;
                                               I.            Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
                                            II.            Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

3.        Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants) – MIA
·         Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
·         Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
·         Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA).

4.      Chartered Institute Management Accountant
·         Ditubuhkan dengan nama Institute Of Cost And Works Accountants (ICWA) pada tahun 1919.
·         Menukar nama ICWA – CIMA pada tahun 1972.
·         Merupakan badan professional yang mendapat pengiktirafan dari Negara-negara Komenwal
·         Penubuhannya bertujuan melahirkan akauntan professional yang mahir mengurus dan mentadbir perniagaan serta menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam perniagaan dengan baik.
5.      The Associations Of Charted Certified Accountants (ACCA)
·         Ditubuhkan pada tahun 1904 dengan nama London Accociation Of Accountants sebelum ditukar kepada Chartered Association Of Certified Accountants tahun 1984.
·         Pada tahun 1996, nama badan perakaunan ini ditukarkan kepada ACCA.
·         Berfungsi untuk menyokong ahli-ahli di sepanjang karier perakaunan mereka.
·         Turut member pendedahan tentang peraturan serta undang-undang berkaitan dengan amalan perakaunan, kod amalan perakauanan dan etika profesion perakaunan.

Cara menangani masalah stress di kalangan pelajar


cara-caranya ialah.

1. Sebagai seorang pelajar masalah stress perlu ditangani dengan bijak. Mendekatkan diri dengan Allah swt adalah jalan yang terbaik. Setiap masalah yang  membawa stress akan dapat ditangani jika diri dekat dengan Tuhan. Menghambakan diri dan percaya bahawa masalah yang dihadapi itu adalah ujian daripada Allah untuk umatnya bersabar. Cara paling mudah ialah mengerjakan solat setiap waktu dan sentiasa berasa kerdil di sisi Allah swt. Sesungguhnya setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan masalah stress dapat dikurangkan.

2. Luahkan segala  masalah  dengan sahabat yang boleh dipercayai. Bercerita dan luahkan masalah yang bersarang di fikiran.. Masalah stress ini sering berlaku kerana pelajar tidak mahu menceritakan masalah mereka dengan orang lain. Apabila kita menceritakan segala masalah kita sudah tentu kita akan berasa tenang kerana ada rakan yang mahu mendengar dan memahami keadaan kita.

3.Bijak membahagikan masa. Di kalangan pelajar menghadapi stress apabila menghadapi sesuatu tugas yang banyak dan perlu disiapkan. Sebagai seorang pelajar perlulah bijak mengurus masa dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut masa yan telah ditetapkan. Perancangan jadual sesuatu tuasan perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.


4. Beriadah merupakan salah satu cara menangani masalah. Beriadah dapat  mebantu kita dalam mengawal stress. Beriadah pada hujung minggu bersama keluarga bukan sahaja dapat memupuk keharmonian antara ibu bapa dan adik beradik  tetapi juga dapat membina badan yang sihat dan otak yan cerdas sekali gus dapat melupakan masalah yang bersarang  di fikiran.

5.  Pemakanan yangg sihat serta tidur yang secukupnya juga perlu untuk seorang pelajar dalam menangani masalah stress. Makan makanan  yang berkhasiat bukan sahaja membantu dalam perkembangan diri yang sihat tetapi juga dapat tubuh badan yang bertenaga. Begitu juga dengan tidur yang mencukupi akan membantu dalam perkembangan otak yang sihat dan cerdas.

6. sentiasa befikiran positif. Apabila mndapat sesuatu tekananm, pelajar perlu berfikir secara positif dan menganggap suatu masalah itu adalah cabaran dan yakin boleh dilaksanakan. Jika pelajar sentiasa berdikiran positif sudah tentu setiapm kerja yan dilaksanakan akan menjadi mudah dan masalah stress tidak akan wujud.

Thursday, April 16, 2015

Cara mudah belajar

Antara tips-tips yang boleh digunapakai ialah:
Mula untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji. Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester? Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak ditambah lagi beberapa assignments yang akan due, tidak mustahil tetapi adalah sangat susah untuk mengingat ilmu-ilmu baru pada masa ini. Masa ini adalah masa yang sebenarnya sesuai untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah hafal atau tahu.

Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikhexam.
Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.
Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. Contohnya: Isnin – Pneumonia, Selasa – COPD, Rabu – Asthma, Khamis – Pulmonary Embolism, Jumaat – Pneumothorax dan sebagainya, daripada terus untuk cuba menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory System sekaligus dalam masa sehari kemudian bertukar kepadasystem yang lain hari berikutnya. Dengan cara begini lebih mudah untuk kita memahami dan menghafal isi-isi penting berkaitan setiap topik-topik yang dibaca.
Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistemcardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.
Belajar menggunakan pelbagai deria.
Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin, teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.
Menggunakan imej-imej sebagai bantuan.
Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm, bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi dan lain-lain daripada dengan saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca tulisan saya di sini berkaitan kucing tersebut.
Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem. Saya dahulunya gunakan teknik ini ketika belajar untuk mengingat fakta-fakta anatomy tubuh badan manusia. Anatomy tubuh manusia sememangnya sangat kompleks ditambah lagi dengan nama-nama setiap organ dan tisu-tisu dalam badan manusia ini dinamakan dalam bahasa latin, ini membuatkannya lebih susah untuk dihafal. Saya selalunya akan lukiskan kembali bahagian tubuh yang saya cuba untuk hafal tersebut dalam rajah skema yang sangat ringkas diatas kertas A4, kemudian saya akan cuba untuk mengimbas kembali buku anatomy saya berserta gambar rajah skema saya di sebelah. Bila saya membaca teks buku anatomy tersebut, kali ini saya cuba untuk gambarkan rajah skema tersebut dalam minda saya, sambil baca sambil buat connection kepada rajah skema tersebut (dalam kepala), dan alhamdulillah ianya lebih mudah melekat dalam memori saya daripada hanya membaca teks buku sahaja.
Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan.
Badan manusia ada kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak didalam state kepenatan atau exaustion. Begitu juga dengan otak kita untuk memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat dan susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikitpun yang dapat anda ingat dalam memori anda.
Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk mengingat. Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji dan makanan-makanan yang tidak sihat. Cuba juga untuk kurangkan mengambil minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Mother, Monster dan sebagainya. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.
Manfaatkan masa yang ada sebaiknya.
Antara sebab kenapa kadang-kalanya kita tidak dapat mengingati ilmu-ilmu yang telah kita pelajari ialah kurangnya masa yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji pelajaran dan kita tidak memanfaatkan masa yang kita ada dengan sebaikya. Kita banyak menghabiskan masa-masa lapang kita dengan membuat perkara-perkara yang merugikan dan tidak bermanfaat kepada diri kita. Kita mampu menghabiskan tiga atau empat jam dengan bermain komputer games atau melayari kartun-kartun anime di komputer, tetapi kita merasa malas untuk belajar atau mengulangkaji pelajaran. Kita menghabiskan sepanjang hari dengan bermain play station atau Dota di komputer, tetapi jarang kita habiskan masa seharian kita untuk kita ulangkaji pelajaran yang telah kita pelajari di universiti pada hari tersebut. Kita hanya akan tunggu untuk membuat ulangkaji apabila hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja lagi sebelum exam bermula.
Masa itu adalah kehidupan. Sekiranya kita membazir masa kita, seolah-olah kita membazirkan kehidupan kita. Saya amat mengkagumi diari kehidupan seorang president atau perdana menteri, mereka boleh mencapai beberapa perkara dan boleh berada di beberapa tempat dalam sehari. Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan masa mereka untuk mencapai beberapa matlamat dalam sehari, kita juga mampu. Kita juga ada 24 jam sehari, sama seperti mereka.

Nota ringkas atau mind-map.
Nota ringkas atau mind-map sangat berguna terutamanya ketika untuk beberapa hari sebelum kita menghadapi peperiksaan. Kalau kita sempat, semasa kita mengulangkaji pelajaran, cubalah untuk membuat nota seringkas yang mungkin untuk jadi rujukan kita kemudian sebelum peperiksaan nanti. Nota-nota ringkas ini hanya sebagai recap sahaja kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum ini. Hari-hari sebelum exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru, atau buka semula buku rujukan yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya sekadar masa untuk kita recap intipati-intipati yang telah ada dalam memori kita.


Pasal Kami

Assalamualaikum

nama kami mohd farid. orang panggil kami yiyid, tapi orang kelantan panggil payid.
kami ni baru lagi kat blog nie, baru je buat, baru nak jinak-jinak dalam blog ni.
kami nak cerita sikit pasai kami, kami ni 'aku' laa..
dulu kami sekolah menegah kami budak kelas sains belajar fizik, kimia
masuk form 6 kami belajar perniagaan pulak, habis hilang pi mana tak tau sains dulu.
habis form 6 kami masuk UPSI, kami dapat jurusan akaun sebab tu kami tak pandai sangat tulis blog hahaha.

sekarang ni kami dah sem 3 ada lagi 5 sem nak habis. banyak kami nak cerita tapi hari ni kami tak dak masa tapi tak pa kami ada gambaq nak bagi. biaq gambaq yang bercerita hahaha






ok laa jumpa lagi episod kedua aummm aummmm